Tuesday 25 November 2014


We're celebrating 1,000,000 likes with a chance for you to win a Samsung LEVEL Over worth RM1,399!

1) Like our Samsung Mobile Malaysia Facebook page
2) Take a photo of yourself with your favourite Samsung Mobile Device
3) Describe in no more than 15 words why you are Samsung Mobile Malaysia's Superfan
4) Submit your entry in the comment section below

Contest closes at 11:59pm, 3rd December 2014. Click here for contest details
http://Ken18.sharethisstory.net/my-910816-6102

Thursday 20 November 2014

Meningkatkan Kapasiti Belajar Berkesan

Kita boleh mempelajari, mempertingkatkan, mengemas kini, menguasai dan mengamalkan pelbagai kemahiran asas yang melibatkan IQ dan EQ seperti:

  • Pemerhatina
  • Disiplin kendiri
  • Manipulatif
  • kesedaran
  • Penyertaan
  • ketepatan masa
  • Ketabahan
  • Amanah
  • Keyakinan diri
  • Kepentingan diri
  • Kegigihan
  • Penghargaan

Kita perlu tingkatkan konsep kendiri bagi mendapat kepastian tentang:
  • Siapa kita?
  • Ke mana arah tuju?
  • Bagaimana melakukan?
  • Mengapa?
  • Apakah matlamat?
  • Apa yang diminati?
  • Imej kendiri
  • Keperluan diri
  • Kekuatan diri
Kita perlu mengukuhkan pertahan diri dari aspek:
  • Kesihatan
  • Keselamatan
  • Emosi dan Perasaan
  • Keselesaan
Kita harus mengamalkan pembelajaran koperatif (kumpulan belajar) untuk mencapai kecemerlangan bersama kerana kita berpeluang:
  • Memastikan keberkesanan nota sebagai bahan yang telah pun difahami.
  • Mengukuhkan keberkesanan pembelajaran secara kerjasama.
  • Memberi rangsangan, dorongan dan galakan rakan sebaya.
  • Menggunakan kekuatan rakan sebaya bagi memperbaiki kelemahan diri sebaya.
  • Berkongsi nota, pengalaman, kemahiran dan ilmu pengetahuan.
  • Berpeluang memperbaiki kelemahan diri sebagai hasil daripada kerjasama rakan sebaya.
  • Memperbanyakkan sumber rujukan.
Setiap orang mampu belajar dengan syarat:
  • Tidak mengalami kecacatan otak.
  • Mengambil keputusan mahu belajar bersungguh-sungguh.
  • Bersedia menghadapi dan mengatasi sebarang cabaran, dugaan, halangan, gendala dan masalah.
  • Sanggup berusaha bertungkus lumus sehingga mencapai kecemerlangan dan kegemilangan diri.

Kenapa Menghadapi Masalah Belajar?

Kita membina dan mengamalkan pelbagai sikap negatif seperti :

  • Lemah daya tahan.
  • Daya saing yang amat rendah.
  • Suka tunggu dan lihat serta bertangguh-tangguh.
  • Belajar dan buat kerja secara jalan mudah, jalan pintas dan ringkas.
  • Tidak ada wawasan, rancangan, matlamat dan arah tuju.
  • Mudah menyerah kalah dan berputus asa.
  • Dengki dan khianat atau sabotaj.
  • Malu, malas, segan, bosan, menipu, sambil lewa.
  • Merahsiakan masalah dan menjauhkan diri.
  • Mencari helah untuk mengelakkan diri.
  • Cepat menuding jari dan menyalahkan orang lain.
  • Berserah kepada takdir semata-mata.
  • Tidak amanah dan tidak jujur pada diri sendir.
  • Mengamalkan pendirian serba tidak boleh.
  • Percaya kepada maklum balas yang negatif.

Kita mengamalkan kerja dan belajar sambil lewa dan memberi perhatian kepada aspek yang remeh-lemeh seperti:
  • Membuat kerja ala kadar.
  • Belajar tanpa fokus dan kesungguhan.
  • Cepat dan mudah berpuas hati.
  • Tidak dapat mengenal pasti prioriti (keutamaan).
Kita menghadapi pelbagai halangan dan gangguan seperti:
  • Ketidakseimbangan zat makanan.
  • Ketidakselarasan psikomotor.
  • Gangguan emosi, mental dan psikologi.
  • ketegangan emosi, sosial dan keluarga.
Kita tidak menguasai teknik belajar berkesan serta canggih seperti:
  • Penyediaan, kegunaan dan kepentingan bahan pembelajaran.
  • Cara gaya menelaah, meningat fakta, mengingat kembali, menyusun fakta mengikut kehendak dan keperluan soalan.
  • Belajar secara hafalan.
  • Terlalu bergantung kepada buku bimbingan dan buku ulang kaji komersial yang berlambak di pasaran.
Kita memiliki kepercayaan karut seperti:
  • Kelemahan keturunan yang diwarisi.
  • Pantang larang yang tidak boleh diterima akal.
  • Pengaruh negatif keluarga, rakan sebaya dan masyarakat.
  • Kelemahan, kekurangan dan tanggapan negatif terhadap diri sendiri.



Persediaan menghadapi peperiksaan


  1. Mengumpul maklumat teknik dan strategi menghadapi peperiksaan.
  2. Mencari dan mengamalkan teknik menjawab soalan peperiksaan berdasarkan kepada skema jawapan yang ditetapkan melalui seminar atau bengkel teknik menjawab soalan.
  3. Memantapkan dan memperkayakan keupayaan diri dengan maklumat dan fakta pelajaran bagi memghadapi peperiksaan dengan membuat latih tubi yang berterusan, membentuk kumpulan perbincangan, menghadiri kelas tambahan atau tuisyen dan memdapatkan bantuan atau bimbingan daripada seorang mentor (guru).
  4. Mempelajari dan membuat latihan menggunakan teknik dan strategi yang betul bagi menghadapi ujian lisan, ujian amali dan peperiksaan bertulis.

Tuesday 18 November 2014

Membina matlamat belajar dan matlamat kehidupan


  1. Membina matlamat jangka pendek melaui pencapaian akademik dalam ujian kendiri, ujian di kelas dan peperiksaan sekolah.
  2. Membina matlamat peperiksaan iaitu sasaran pencapaian dalam peperiksaan yang terdekat sama asa UPSR, PMR atau SPM.
  3. Membina matlamat jangka panjang iaitu mendapatkan matlamat tentang kursrs-kursus di IPTA atau IPTS selaras dengan cita-cita dan minat akademik dan kerjaya.
  4. Membina matlamat jnagka panjang selepas tamat belajar iaitu persediaan dari sedi kemahiran diri untuk medapatkan pekerjaan, peningkatkan dalam kerjaya dan menempuh kehidupan berkeluarga sehinggalah ke hari tua.
  5. Membina matlamat kehidupan azali (kekal) iaitu menjalankan kewajipan dan tanggungjawab beragama di sepanjang hayat. 

Monday 17 November 2014

Kepentingan Pendidikan


  1. Setiap kanak-kanak rakyat Malaysia yang berumur tujuh tahun ke atas diwajibkan memulakan alam persekolahan secara formal. Setiap rakyat Malaysia diberi peluang melalui alam persekolahan secara formal sekurang-kurangnya selama 11 tahun. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) telah menetapkan garis panduan bagi pendidikan tadika (prasekolah). Kanak-kanak yang berumur antara 4 hingga 6 tahun boleh memulakan prasekolah atau tadika. Mulai tahun 1998, setiap kanak-kanak rakyat Malaysia berhak menjalani alam persekolahan mereka selama 14 tahun.
  2. Pendidikan, proses pembelajaran dan alam persekolahan penting kepada setiap individu kerana setiap individu akan : 
  • Menjalani proses sosialisasi dan proses pendidikan iaitu mendapatkkan ilmu pengetahun dan kemahiran melalui proses pengajaran dan pembelajaran secara formal di sekolah.
  • Memperoleh kemahiran mandiri melalui aktiviti kokurikulum iaitu asuhan dan tunjuk ajar bagi memperoleh pengalanman semasa berada di luar rumah, dalam masyarakat, di tempat kerja dan sebagainya. Kemahiran ini dapat digunakan semula dalam kehidupan pelajar.

  • Pelajar dapat berfikir dan membezakan antara yang baik dengan tidak baik. Dapat membuat pertimbangan sewajarnya semasa mengambil sesuatu keputusan dan melaksanakan tindakan. Membantu menyelesaikan masalah sendiri yang dihadapi dalam kehisdupan harian.
  • Belajar menyayangi diri sendiri, meningkatkan keupayaan diri dan menjadi rakyat yang produktif dan berupaya menyumbang bagi kemakmuran, kesejahteraan dan kemajuan negara.
  • Belajar menjadi pemimpin iaitu memimpin diri sendiri, ahli keluarga, kerjaya, masyarakat, agama, bangsa, dan negara.
  • Belajar hidup bermasyarakat, berkomunikasi, bertolak ansur, hidup harmoni, saling hormat menghormati, mempelajari dan memahami budaya orang lain dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam hidup.
  • Pendidikan menjadi aset bagi menetukan perubahan corak hidup keluarga melaui pencapaina dalam akademik dan kerjaya.

Pelajar Cemerlang Itu



  • Sentiasa taat kepada perintah Tuhan.
  • Menjalankan perjuangan dan kegiatan belajar bersungguh-sungguh demi mencapai kecemerlangan.
  • Memiliki cita-cita yang jelas.
  • Sentiasa tekun dan belajar dengan berkesan.
  • Memenuhi masa dengan aktiviti berfaedah.
  • Mahir strategi dan teknik menghadapi peperiksaan.
  • Menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa berdoa untuk kesejahteraan mereka.
  • Menghormati dan menyayangi guru dan tidak malu untuk bertanya dengan semua guru.
  • Seronok dan berminat kepada setiap mata pelajar yang dipelajari.
  • bergaul dengan pelajar yang bersikap positif dan tekun belajar.
  • Bersedia menolong rakan yang memerlukan pertolongan.
  • Memilikisikap dan keperibadian yang baik.
  • Memberi ganjaran dan pengiktirafan kepada diri sendiri.
  • Menjalankan kegiatan riadah bagi menjaga kesihatan diri, kesejahteraan mental dan emosi.
  • Mengamalkan kaedah pemakanan yang seimbang dan sihat serta mengelakkan sebarang bahan makanan atau minuman yang boleh melemahkan daya pemikiran dan daya ingatan.

Prinsip Belajar Cemerlang


Kemahiran, azam, kesungguhan dan iltizam yang tinggi

  1. Di mana ada usaha, di sana ada banyak A.
  2. Hendak seribu jalan, tak hendak seribu alasan.
  3. kejayaan cemerlang itu mampu dicapai oleh orang biasa yang mahu melakukannya secara luar biasa.

Sentiasa fokus dan dahagakan ilmu pengetahuan
  1. Ilmu itu pelita hati
  2. Membaca itu jambatan ilmu.
  3. Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.
Berimaginasi secara kreatif
  1. Kejayaan bertunas daripada impian, imppian berputik melalui usaha dan usaha akan membuahkan kejayaan.
  2. Minda kreatif obor pemikiran bestari.
Perancangan sentiasa teliti semasa belajar, mengulang kaji dan semasa menjawab soalan-soalan peperiksaan
  1. Orang yang gagal merancang sebenarnya adalah mereka yang merancang untuk gagal.
  2. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
  3. Lalai sesaat ada kalanya menitiskan air mata bertahun-tahun.
Sentiasa tetap dengan niat dan matlamat.
  1. Hidup bermatlamat, menuju kepada rahmat.
  2. Setiap tindakan hendaklah  bermula dengan niat dan setiap niat, seharusnya mengandungi matlamat.
Tabah, cekal dan sabar menghadapi cabaran, sentiasa berfikiran positif, bersikap terbuka dan berlapang dada
  1. Membujur lalu melintang patah.
  2. Biar berputih tulang, jangan berputih mata.

Study Smart: Menjana Sikap Positif

Study Smart: Menjana Sikap Positif: Sentiasa mempunyai sangka baik Asas membentuk sikap positif adalah bersangka baik. Sikap terbentuk akibat keterbiasaan. selalulah mempunn...

Menjana Sikap Positif

Sentiasa mempunyai sangka baik
Asas membentuk sikap positif adalah bersangka baik. Sikap terbentuk akibat keterbiasaan. selalulah mempunnyai sangka baik kepada diri sendiri. Tuhan menjadikan anda lengkap dengan pelbagai keperluan asas bagi menempa kejayaan. Anda dikurniakan akal, minda, daya ingatan, tubuh badan yang sihat dan anggota badan yang lengkap, pancaindera yang cukup. Jangan menjadi penghalang kepada diri anda sendiri daripada mencapai kemajuan dan kejayaan cemerlang.

Jangan banyak memberia alasan
Mereka yang bersikap negatif sering berfikir bahawa dirinya tidaklah semampu orang yang sudah berjaya ataupun tidak memiliki kebolehan sebagaimana orang lain. Mereka ini sentiasa mencari alasan kenapa orang lain mampu berjaya dan kenapa dirinya tidak mampu berjaya. Mereka ini banyak kerenah dalan usaha dan komitmen menuju kemajuan dan kejayaan.


Fikir untuk membuat atau bertindak
Sentiasalah berfikir anda boleh. Sentiasalah berfikir, anda perlu memulakan dahulu barulah sesuatu itu dapat diselesaikan. sentiasalah berfikir anda perlu bertindak dahulu barulah sesuatu pekerjaan itu menjadi sempurna. Janganlah menunggu sesuatu menjadi sempurna barulah anda mahu bermula. Fikirlah untuk membuat, jangann berfikir untuk melihat orang lain membuat lebih dahulu barulah anda melakukannya.

Yakin kepada kebolehan sendiri
Sekiranya anda sendiri tidak yakin dengan kebolehan anda, jangan harap orang lain yakin dengan diri anda. Itulah antara petua mujarab yang dipegang oleh insan yang benar-benar mahu berjaya. keyakinan pada diri sendiri dapat dibentuk dengan persediaan yang cukuup dan yakin kepada janji Tuhan. sesungguhnya siapa yang rajin berusaha pasti akan berjaya, walau dapat apa bidang sekali pun. sentiasalah menghitung dan membuat penilaian kendiri bagi menignkatkan keyakinan diri anda.

Sunday 16 November 2014

Orang yang tidak bermotivasi itu adalah orang yang:


  1. Tiada matlamat hidup
  2. Cita-cita tidak jelas
  3. Tidak tahu menilai diri secara tepat
  4. Tidak mengenali kekuatan diri
  5. Takut meneroka kelemahan diri
  6. Tidak tahu cara mendorong diri
  7. Sering dikuasai pemikiran negatif
  8. Memiliki imej kendiri negatif
  9. Mudah terpengaruh oleh persekitaran negatif
  10. Sukar berubah mengikut keperluan dan situasi
  11. Tidak berdoa dan bersyukur
  12. Tidak pandai mengurus diri
  13. Tidak belajar daripada kesilapan lalu
  14. Memiliki konsep kendiri yang rendah
  15. Mudah mengalah dan cepat berputus asa