Monday 17 November 2014

Menjana Sikap Positif

Sentiasa mempunyai sangka baik
Asas membentuk sikap positif adalah bersangka baik. Sikap terbentuk akibat keterbiasaan. selalulah mempunnyai sangka baik kepada diri sendiri. Tuhan menjadikan anda lengkap dengan pelbagai keperluan asas bagi menempa kejayaan. Anda dikurniakan akal, minda, daya ingatan, tubuh badan yang sihat dan anggota badan yang lengkap, pancaindera yang cukup. Jangan menjadi penghalang kepada diri anda sendiri daripada mencapai kemajuan dan kejayaan cemerlang.

Jangan banyak memberia alasan
Mereka yang bersikap negatif sering berfikir bahawa dirinya tidaklah semampu orang yang sudah berjaya ataupun tidak memiliki kebolehan sebagaimana orang lain. Mereka ini sentiasa mencari alasan kenapa orang lain mampu berjaya dan kenapa dirinya tidak mampu berjaya. Mereka ini banyak kerenah dalan usaha dan komitmen menuju kemajuan dan kejayaan.


Fikir untuk membuat atau bertindak
Sentiasalah berfikir anda boleh. Sentiasalah berfikir, anda perlu memulakan dahulu barulah sesuatu itu dapat diselesaikan. sentiasalah berfikir anda perlu bertindak dahulu barulah sesuatu pekerjaan itu menjadi sempurna. Janganlah menunggu sesuatu menjadi sempurna barulah anda mahu bermula. Fikirlah untuk membuat, jangann berfikir untuk melihat orang lain membuat lebih dahulu barulah anda melakukannya.

Yakin kepada kebolehan sendiri
Sekiranya anda sendiri tidak yakin dengan kebolehan anda, jangan harap orang lain yakin dengan diri anda. Itulah antara petua mujarab yang dipegang oleh insan yang benar-benar mahu berjaya. keyakinan pada diri sendiri dapat dibentuk dengan persediaan yang cukuup dan yakin kepada janji Tuhan. sesungguhnya siapa yang rajin berusaha pasti akan berjaya, walau dapat apa bidang sekali pun. sentiasalah menghitung dan membuat penilaian kendiri bagi menignkatkan keyakinan diri anda.

No comments:

Post a Comment