Monday 17 November 2014

Kepentingan Pendidikan


  1. Setiap kanak-kanak rakyat Malaysia yang berumur tujuh tahun ke atas diwajibkan memulakan alam persekolahan secara formal. Setiap rakyat Malaysia diberi peluang melalui alam persekolahan secara formal sekurang-kurangnya selama 11 tahun. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) telah menetapkan garis panduan bagi pendidikan tadika (prasekolah). Kanak-kanak yang berumur antara 4 hingga 6 tahun boleh memulakan prasekolah atau tadika. Mulai tahun 1998, setiap kanak-kanak rakyat Malaysia berhak menjalani alam persekolahan mereka selama 14 tahun.
  2. Pendidikan, proses pembelajaran dan alam persekolahan penting kepada setiap individu kerana setiap individu akan : 
  • Menjalani proses sosialisasi dan proses pendidikan iaitu mendapatkkan ilmu pengetahun dan kemahiran melalui proses pengajaran dan pembelajaran secara formal di sekolah.
  • Memperoleh kemahiran mandiri melalui aktiviti kokurikulum iaitu asuhan dan tunjuk ajar bagi memperoleh pengalanman semasa berada di luar rumah, dalam masyarakat, di tempat kerja dan sebagainya. Kemahiran ini dapat digunakan semula dalam kehidupan pelajar.

  • Pelajar dapat berfikir dan membezakan antara yang baik dengan tidak baik. Dapat membuat pertimbangan sewajarnya semasa mengambil sesuatu keputusan dan melaksanakan tindakan. Membantu menyelesaikan masalah sendiri yang dihadapi dalam kehisdupan harian.
  • Belajar menyayangi diri sendiri, meningkatkan keupayaan diri dan menjadi rakyat yang produktif dan berupaya menyumbang bagi kemakmuran, kesejahteraan dan kemajuan negara.
  • Belajar menjadi pemimpin iaitu memimpin diri sendiri, ahli keluarga, kerjaya, masyarakat, agama, bangsa, dan negara.
  • Belajar hidup bermasyarakat, berkomunikasi, bertolak ansur, hidup harmoni, saling hormat menghormati, mempelajari dan memahami budaya orang lain dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam hidup.
  • Pendidikan menjadi aset bagi menetukan perubahan corak hidup keluarga melaui pencapaina dalam akademik dan kerjaya.

No comments:

Post a Comment