Thursday 20 November 2014

Kenapa Menghadapi Masalah Belajar?

Kita membina dan mengamalkan pelbagai sikap negatif seperti :

  • Lemah daya tahan.
  • Daya saing yang amat rendah.
  • Suka tunggu dan lihat serta bertangguh-tangguh.
  • Belajar dan buat kerja secara jalan mudah, jalan pintas dan ringkas.
  • Tidak ada wawasan, rancangan, matlamat dan arah tuju.
  • Mudah menyerah kalah dan berputus asa.
  • Dengki dan khianat atau sabotaj.
  • Malu, malas, segan, bosan, menipu, sambil lewa.
  • Merahsiakan masalah dan menjauhkan diri.
  • Mencari helah untuk mengelakkan diri.
  • Cepat menuding jari dan menyalahkan orang lain.
  • Berserah kepada takdir semata-mata.
  • Tidak amanah dan tidak jujur pada diri sendir.
  • Mengamalkan pendirian serba tidak boleh.
  • Percaya kepada maklum balas yang negatif.

Kita mengamalkan kerja dan belajar sambil lewa dan memberi perhatian kepada aspek yang remeh-lemeh seperti:
  • Membuat kerja ala kadar.
  • Belajar tanpa fokus dan kesungguhan.
  • Cepat dan mudah berpuas hati.
  • Tidak dapat mengenal pasti prioriti (keutamaan).
Kita menghadapi pelbagai halangan dan gangguan seperti:
  • Ketidakseimbangan zat makanan.
  • Ketidakselarasan psikomotor.
  • Gangguan emosi, mental dan psikologi.
  • ketegangan emosi, sosial dan keluarga.
Kita tidak menguasai teknik belajar berkesan serta canggih seperti:
  • Penyediaan, kegunaan dan kepentingan bahan pembelajaran.
  • Cara gaya menelaah, meningat fakta, mengingat kembali, menyusun fakta mengikut kehendak dan keperluan soalan.
  • Belajar secara hafalan.
  • Terlalu bergantung kepada buku bimbingan dan buku ulang kaji komersial yang berlambak di pasaran.
Kita memiliki kepercayaan karut seperti:
  • Kelemahan keturunan yang diwarisi.
  • Pantang larang yang tidak boleh diterima akal.
  • Pengaruh negatif keluarga, rakan sebaya dan masyarakat.
  • Kelemahan, kekurangan dan tanggapan negatif terhadap diri sendiri.



No comments:

Post a Comment