Monday, 17 November 2014

Kepentingan Pendidikan


  1. Setiap kanak-kanak rakyat Malaysia yang berumur tujuh tahun ke atas diwajibkan memulakan alam persekolahan secara formal. Setiap rakyat Malaysia diberi peluang melalui alam persekolahan secara formal sekurang-kurangnya selama 11 tahun. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) telah menetapkan garis panduan bagi pendidikan tadika (prasekolah). Kanak-kanak yang berumur antara 4 hingga 6 tahun boleh memulakan prasekolah atau tadika. Mulai tahun 1998, setiap kanak-kanak rakyat Malaysia berhak menjalani alam persekolahan mereka selama 14 tahun.
  2. Pendidikan, proses pembelajaran dan alam persekolahan penting kepada setiap individu kerana setiap individu akan : 
  • Menjalani proses sosialisasi dan proses pendidikan iaitu mendapatkkan ilmu pengetahun dan kemahiran melalui proses pengajaran dan pembelajaran secara formal di sekolah.
  • Memperoleh kemahiran mandiri melalui aktiviti kokurikulum iaitu asuhan dan tunjuk ajar bagi memperoleh pengalanman semasa berada di luar rumah, dalam masyarakat, di tempat kerja dan sebagainya. Kemahiran ini dapat digunakan semula dalam kehidupan pelajar.

  • Pelajar dapat berfikir dan membezakan antara yang baik dengan tidak baik. Dapat membuat pertimbangan sewajarnya semasa mengambil sesuatu keputusan dan melaksanakan tindakan. Membantu menyelesaikan masalah sendiri yang dihadapi dalam kehisdupan harian.
  • Belajar menyayangi diri sendiri, meningkatkan keupayaan diri dan menjadi rakyat yang produktif dan berupaya menyumbang bagi kemakmuran, kesejahteraan dan kemajuan negara.
  • Belajar menjadi pemimpin iaitu memimpin diri sendiri, ahli keluarga, kerjaya, masyarakat, agama, bangsa, dan negara.
  • Belajar hidup bermasyarakat, berkomunikasi, bertolak ansur, hidup harmoni, saling hormat menghormati, mempelajari dan memahami budaya orang lain dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam hidup.
  • Pendidikan menjadi aset bagi menetukan perubahan corak hidup keluarga melaui pencapaina dalam akademik dan kerjaya.

Pelajar Cemerlang Itu



  • Sentiasa taat kepada perintah Tuhan.
  • Menjalankan perjuangan dan kegiatan belajar bersungguh-sungguh demi mencapai kecemerlangan.
  • Memiliki cita-cita yang jelas.
  • Sentiasa tekun dan belajar dengan berkesan.
  • Memenuhi masa dengan aktiviti berfaedah.
  • Mahir strategi dan teknik menghadapi peperiksaan.
  • Menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa berdoa untuk kesejahteraan mereka.
  • Menghormati dan menyayangi guru dan tidak malu untuk bertanya dengan semua guru.
  • Seronok dan berminat kepada setiap mata pelajar yang dipelajari.
  • bergaul dengan pelajar yang bersikap positif dan tekun belajar.
  • Bersedia menolong rakan yang memerlukan pertolongan.
  • Memilikisikap dan keperibadian yang baik.
  • Memberi ganjaran dan pengiktirafan kepada diri sendiri.
  • Menjalankan kegiatan riadah bagi menjaga kesihatan diri, kesejahteraan mental dan emosi.
  • Mengamalkan kaedah pemakanan yang seimbang dan sihat serta mengelakkan sebarang bahan makanan atau minuman yang boleh melemahkan daya pemikiran dan daya ingatan.

Prinsip Belajar Cemerlang


Kemahiran, azam, kesungguhan dan iltizam yang tinggi

  1. Di mana ada usaha, di sana ada banyak A.
  2. Hendak seribu jalan, tak hendak seribu alasan.
  3. kejayaan cemerlang itu mampu dicapai oleh orang biasa yang mahu melakukannya secara luar biasa.

Sentiasa fokus dan dahagakan ilmu pengetahuan
  1. Ilmu itu pelita hati
  2. Membaca itu jambatan ilmu.
  3. Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.
Berimaginasi secara kreatif
  1. Kejayaan bertunas daripada impian, imppian berputik melalui usaha dan usaha akan membuahkan kejayaan.
  2. Minda kreatif obor pemikiran bestari.
Perancangan sentiasa teliti semasa belajar, mengulang kaji dan semasa menjawab soalan-soalan peperiksaan
  1. Orang yang gagal merancang sebenarnya adalah mereka yang merancang untuk gagal.
  2. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
  3. Lalai sesaat ada kalanya menitiskan air mata bertahun-tahun.
Sentiasa tetap dengan niat dan matlamat.
  1. Hidup bermatlamat, menuju kepada rahmat.
  2. Setiap tindakan hendaklah  bermula dengan niat dan setiap niat, seharusnya mengandungi matlamat.
Tabah, cekal dan sabar menghadapi cabaran, sentiasa berfikiran positif, bersikap terbuka dan berlapang dada
  1. Membujur lalu melintang patah.
  2. Biar berputih tulang, jangan berputih mata.

Study Smart: Menjana Sikap Positif

Study Smart: Menjana Sikap Positif: Sentiasa mempunyai sangka baik Asas membentuk sikap positif adalah bersangka baik. Sikap terbentuk akibat keterbiasaan. selalulah mempunn...

Menjana Sikap Positif

Sentiasa mempunyai sangka baik
Asas membentuk sikap positif adalah bersangka baik. Sikap terbentuk akibat keterbiasaan. selalulah mempunnyai sangka baik kepada diri sendiri. Tuhan menjadikan anda lengkap dengan pelbagai keperluan asas bagi menempa kejayaan. Anda dikurniakan akal, minda, daya ingatan, tubuh badan yang sihat dan anggota badan yang lengkap, pancaindera yang cukup. Jangan menjadi penghalang kepada diri anda sendiri daripada mencapai kemajuan dan kejayaan cemerlang.

Jangan banyak memberia alasan
Mereka yang bersikap negatif sering berfikir bahawa dirinya tidaklah semampu orang yang sudah berjaya ataupun tidak memiliki kebolehan sebagaimana orang lain. Mereka ini sentiasa mencari alasan kenapa orang lain mampu berjaya dan kenapa dirinya tidak mampu berjaya. Mereka ini banyak kerenah dalan usaha dan komitmen menuju kemajuan dan kejayaan.


Fikir untuk membuat atau bertindak
Sentiasalah berfikir anda boleh. Sentiasalah berfikir, anda perlu memulakan dahulu barulah sesuatu itu dapat diselesaikan. sentiasalah berfikir anda perlu bertindak dahulu barulah sesuatu pekerjaan itu menjadi sempurna. Janganlah menunggu sesuatu menjadi sempurna barulah anda mahu bermula. Fikirlah untuk membuat, jangann berfikir untuk melihat orang lain membuat lebih dahulu barulah anda melakukannya.

Yakin kepada kebolehan sendiri
Sekiranya anda sendiri tidak yakin dengan kebolehan anda, jangan harap orang lain yakin dengan diri anda. Itulah antara petua mujarab yang dipegang oleh insan yang benar-benar mahu berjaya. keyakinan pada diri sendiri dapat dibentuk dengan persediaan yang cukuup dan yakin kepada janji Tuhan. sesungguhnya siapa yang rajin berusaha pasti akan berjaya, walau dapat apa bidang sekali pun. sentiasalah menghitung dan membuat penilaian kendiri bagi menignkatkan keyakinan diri anda.

Sunday, 16 November 2014

Orang yang tidak bermotivasi itu adalah orang yang:


  1. Tiada matlamat hidup
  2. Cita-cita tidak jelas
  3. Tidak tahu menilai diri secara tepat
  4. Tidak mengenali kekuatan diri
  5. Takut meneroka kelemahan diri
  6. Tidak tahu cara mendorong diri
  7. Sering dikuasai pemikiran negatif
  8. Memiliki imej kendiri negatif
  9. Mudah terpengaruh oleh persekitaran negatif
  10. Sukar berubah mengikut keperluan dan situasi
  11. Tidak berdoa dan bersyukur
  12. Tidak pandai mengurus diri
  13. Tidak belajar daripada kesilapan lalu
  14. Memiliki konsep kendiri yang rendah
  15. Mudah mengalah dan cepat berputus asa

Sunday, 13 July 2014

Kemahiran Mencatat Nota

1. Kemahiran mencatat nota memerlukan pelajar menguasai kemahiran membaca, mendengar, memahami dan mimilih inti pati perkataan dalam sesuatu idea, isi atau fakta.

2. Menulis semula kata kunci dalam ayat yang ringkas.

3. Menggabungkan keseluruhan idea.

4. Menulis atau menggunakan semula untuk ulang kaji atau menjawab soalan.

Pelbagai bentuk nota dan grafik

1. Isi-isi penting : Nota yang hanya terdiri daripadaisi-isi penting yang ringkas, mudah dan cepat dibaca serta tidak membosankan.

2. Fakta-fakta penting : Nota yang terdiri daripada fakta penting yang juga mempunyai sifat seperti nota isi-isi penting.

3. Carta aliran : Nota yang ringkas, mudah dibaca dan difahami dalam bentuk aliran sesuatu maklumat atau fakta.

4. Jadual : Nota dalam bentuk jadual adalah ringkasan nota bagi sesuatu tajuk.

5. Gambar rajah atau lukisan : Nota gambar rajah yang lengkap berlabel dan dapat memberikan catatan yang ringkas serta padat mengenai sesuatu tajuk.

6. Peta konsep : Nota yang menggambarkan pertalian atara tajuk, subtajuk, huraian dan contoh.

7. Peta minda : Nota berbentuk gambaran imaginasi dengan pecahan atau cabang isi atau fakta.