1. Sentiasa mempunyai sangka baik
Tuhan menjadikan anda lengkap dengan pelbagai keperluan asas bagi menempa kejayaan. Anda dikurniakan akal, minda, daya ingatan, tubuh badan yang sihat dan anggota badan yang lengkap. Jangan menjadi penghalang kepada diri anda sendiri daripada mencapai kemajuan dan kejayaan cemerlang.
2. Jangan banyak memberi alasan
Mereka yang bersikap negatif sering berfikir bahawa dirinya tidaklah semampu oyang berjaya begitu. Mereka ini sentiasa mencari alasan kenapa orang lain mampu berjaya dan kenapa dirinya tidak mampu berjaya. Mereka ini banyak kerenah dalam usaha dan komitmen menuju kemajuan dan kejayaan.
3. Fikir untuk membuat atau bertindak
Sentiasalah berfikir anda boleh. Sentiasa berfikir, anda perlu memulakan dahulu barulah sesuatu itu dapat diselesaikan. Sentiasa berfikir anda perlu bertindak dahulu barulah sesuatu pekerjaan itu menjadi sempurna. Fikirlah untuk membuat, jangan berfikir untuk melihat orang lain membuat lebih dahulu barulah anda melakukannya.
4. Yakin kepada kebolehan sendiri
Sekiranya anda sendiri tidak yakin dengan kebolehan anda, jangan harap orang lain yakin dengan diri anda. Keyakinan pada diri sendiri dapat dibentuk dengan persediaan yang cukup dan yakin kepada janji Tuhan. Sesungguhnya siapa yang rajin berusaha pasti akan berjaya, walau dalam apa bidang sekali pun.
Melangkah dari satu langkah ke satu langkah dan terus melangkah selagi masih mampu melangkah.
No comments:
Post a Comment